Buriram United Dalam Tekanan Hebat
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Thailand, Buriram United kini berada dalam tekanan yang cukup hebat.

Skuad kendalian Mark Jackson kini bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi menentant jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perlawanan separuh akhir ACC Shopee Cup 25-26 itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan terbaik di Asia Tenggara ini kembali bertemu selepas kali terakhir pada kempen AFC Champions League Elite (ACLE) yang menyaksikan JDT tewas 2-1.

Buriram bagaimanapun turun dengan rekod kurang baik dalam beberapa pertemuan terakhir musim ini – dikejutkan dengan kekalahan 3-1 di tangan Port FC pada 2 Mei yang lalu.

Sebelum itu, The Thunder Castle telah pun kalah 3-0 kepada Rayong selain tersingkir daripada saingan ACLE susulan kekalahan 3-2 di tangan Shabab Al-Ahli.

Rekod ini menjadikan Buriram hanya menang dua dan tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir musim ini sebelum bertemu JDT.

Sementara itu, JDT masih segar dengan kemenangan besar 7-0 ke atas KL City FC selain memiliki kelebihan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong yang bakal membanjiri stadium, Rabu malam.

JDT juga menerima perkembangan positif selepas kepulangan tiga tonggak penting pasukan iaitu Jairo Da Silva, Feroz Baharudin dan juga pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi.

Aksi antara JDT dan Buriram United dijadual berlangsung pada Rabu jam 8.00 malam.