Advertisement
Buriram United Nyaris Kalah, Willian Lira Dihukum Pijak Lawan
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United

Juara bertahan Liga 1 Thailand, Buriram United nyaris tewas dalam aksi ke-6 liga berdepan Chonburi di laman sendiri.

Buriram United yang diketuai oleh bintang Malaysia, Dion Cools dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik menjelang aksi antarabangsa tidak lama lagi.

Tuan rumah bagaimanapun membuka tirai jaringan menerusi ledakan penyerang berbisa, Lonsana Doumboya yang mudah menanduk masuk pada minit ke-7.

Bekas penyerang Kedah Darul Aman, Willian Lira hampir meledak namun rembatannya berjaya diselamatkan oleh Siwarak.

Aksi babak pertama tamat dengan kelebihan milik Buriram United.

Bersambung babak kedua, Chonburi yang berusaha keras untuk mendapatkan jaringan menerima tamparan hebat apabila peledak utama pasukan, Willian Lira dilayangkan kad merah.

Beliau yang sudah menerima kad kuning kerana bertindak agresif terhadap Dion Cools diarah keluar padang.

Chonburi tetap memperoleh gol menerusi Channarong Promsrikaew dan Murilo namun ledakan Supachai Jaided memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Buriram ketika ini menghuni tangga ke-3 liga dengan 14 mata tanpa sebarang kekalahan musim ini dan bakal berdepan Chiangrai United pada 20 Oktober 2023.

Aksi Penuh: Buriram vs Chonburi