Advertising
Buriram United Panggil 3 Pemain Pulang Dari Kem Thailand
MakanBola
Changsuek

Skuad kebangsaan Thailand terpaksa melupakan tiga tonggak utama mereka menjelang aksi terakhir Kumpulan A ASEAN Championship 2024 menentang Kemboja.

Akaun All Things Thai Football melaporkan Suphanat Mueanta, Pansa Hemviboon dan Seksan Ratree dipanggil Buriram United untuk aksi Thai FA Cup 2024/25.

Ad

Thunder Castle dijadualkan bertemu Mahasarakham SBT FC dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Mahasarakham pada 18 Disember.

Ad

Ketiadaan tiga tonggak ini termasuk Suphanat dijangka memeningkan pengendali Thailand, Masatada Ishii. Ini kerana kehadiran mereka memastikan Thailand mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam Kumpulan A.

Suphanat misalnya sudah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tiga kali berturut-turut. Ini termasuk impaknya ketika membantu Gajah Perang menewaskan Singapura 4-2 pada 17 Disember lalu.

Ad

Suphanat turut berkongsi kedudukan kedua penjaring terbanyak kejohanan dengan rakan sepasukan, Patrik Gustavsson dan Teerasak Poeiphimai. Ketiga-tiga pemain sudah meledakkan tiga gol dalam tiga aksi Kumpulan A.

Ad

Aksi terakhir kumpulan dengan Kemboja pada 20 Disember ini dilihat peluang terbaik Thailand layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A.

Ad