Caio Cesar Mahu Bawa JDT Ke Asia
UltraSukan
JDT Futsal
Sponsors

Tonggak import skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Brazil, Caio Cesar Garcia Rego ingin melihat pasukan itu bersaing di pentas Asia.

Hasrat itu dizahirkan beliau dalam satu temubual bersamanya dan rakan senegara, Bruno Taffy baru-baru ini.

Ad

Caio Cesar, 35, melihat pentas Asia sebagai peringkat seterusnya yang patut dihadapi JDT selepas meraih gelaran juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dan Malaysia Futsal Cup (MFC) pada 2024.

Ad

Ini kerana terdapat banyak pasukan hebat yang menguji sejauh mana keupayaan anak buah Juan Miguel Antonio Garcia beraksi di peringkat berkenaan.

“Saya fikir untuk musim baru, matlamat kita sentiasa bergelar juara. Tapi sudah tentu kita perlu pergi ke satu tahap lagi,” katanya.

Ad

“Saya harap kita dapat bermain di (peringkat) AFC dan berdepan juara-juara lain dari Asia. Ini menunjukkan kita memiliki keupayaan dan kapasiti untuk menewaskan mana-mana pasukan di Asia.”

Ad

JDT kini dalam rangka persiapan menghadapi kempen MPFL musim 2025. Terbaru, pasukan itu mengalahkan Gombak TOT United 5-1 dalam aksi pra-musim.

Ad

Harimau Selatan turut menambah bekas pemain Selangor FC, Syed Aizad Daniel Syed Nasir sebagai tonggak baru pasukan.