Carta 3 Pemain Termahal JDT Kini Berubah
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Carta pemain termahal dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini telah berubah.

Juara bertahan Liga Super 10 kali itu telah membawa masuk beberapa muka baharu bagi menantapkan persembahan pasukan terutamanya dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad
Sponsors

Selain kedudukan pasukan yang meningkat naik di Asia, Harimau Selatan tidak kurang rancak membariskan skuad terbaik untuk mencabar kejuaraan tersebut.

Ad

Tangga pemain termahal JDT kini sudah beralih tangan kepada perancang tengah berbakat, Jalil Elias berbanding Jordi Amat pada tahun lalu.

Kemasukan bekas tonggak San Lorenzo itu telah meningkatkan nilai Liga Malaysia dengan nilai pasarannya iaitu 3 Juta USD (RM15.16 Juta).

Ad

Beliau bagaimanapun hanya membuat satu penampilan bersama Harimau Selatan ketika menentang Negeri Sembilan.

Ad

Pemain kedua termahal JDT juga kini sudah menjadi milik perancang tengah Portugal, Chico Geraldes.

Ad

Tonggak berusia 29 tahun yang juga merupakan bekas pemain b-21 Portugal itu menyertai Harimau Selatan daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), FC Baniyas.

Beliau kini dinilai pada tanda harga 2 Juta US (RM10.10 Juta) sejak berpindah ke Liga Malaysia pada musim 2024/25.

Kapten Timnas Indonesia, Jordi Amat kini menjadi pemain ketiga termahal di JDT dengan nilai pasaran setinggi 800,000 USD (4.02 Juta).

Bekas pemain Swansea City di Liga Perdana Inggeris (EPL) ini menjadi watak penting buat pasukan JDT sejak menyertainya pada tahun 2022.

Ujian berikutnya buat JDT adalah aksi suku akhir Piala FA 2024 apabila melayan kunjungan Malaysian University di Stadium Sultan Ibrahim.