Cemerlang Gilap Hwang Hee-chan, Jurulatih Wolves Diburu Man United
EPL
Korea FA
Advertisements

Selepas cemerlang menggilap bakat seperti Hwang Hee-chan, jurulatih Wolves iaitu Gary O’neil kini berada dalam radar Manchester United.

Menerusi laporan oleh wartawan ESPN, Mark Odgen, Manchester United mahu bercakap dengan ketua jurulatih Wolverhampton Wanderers, Gary O’Neil mengenai peranan pembentukan barisan kejurulatihan baharu yang berpotensi dibentuk di Old Trafford.

Kehadiran kumpulan Ineos kendalian Sir Jim Ratcliffe kini bertanggungjawab ke atas operasi bola sepak di United susulan pembelian 27 peratus kepentingan dalam kelab itu pada Februari.

Advertisements

Rejim baharu yang diketuai oleh pengarah sukan Ineos Sir Dave Brailsford cuba untuk membina struktur kejurulatihan baharu yang diketuai oleh seorang ketua jurulatih.

Sungguhpun tiada keputusan muktamad dibuat mengenai masa depan Erik ten Hag sebagai jurulatih, United dikatakan sudah menilai pengurus England Gareth Southgate, bos Brighton Roberto De Zerbi dan Thomas Frank dari Brentford sebagai bakal pengganti.

O’Neil telah dilantik sebagai pengurus di Molineux sejak Ogos lalu berikutan pemergian Julen Lopetegui selain telah membawa Wolves ke pentas Kelayakan Eropah musim ini.

Advertisements

Antara kejayaan O’neil termasuklah menghidupkan semula beberapa pemain yang hilang rentak selain menjadikan pemain sayap Korea Selatan, Hwang Hee-chan sebagai salah seorang senjata utamanya.

Sumber: OneFootball

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram