Pemain Malaysia ‘Berguru’ Dengan Hwang Hee-chan Di England
Eropah
AFL MY
Advertisements

Pemain Malaysia berpeluang untuk menimba ilmu dan belajar bersama penyerang prolifik Liga Perdana Inggeris (EPL), Hwang Hee-chan di England.

Bintang Korea Selatan itu merupakan watak penting pasukan di Piala Asia AFC 2023 tempoh hari apabila membantu Taeguk Warriors ke separuh akhir.

Beliau kini kembali bersama kelabnya, Wolverhampton Wanderes di England bagi meneruskan saingan musim ini.

Advertisements

Seramai 12 orang pemain dari Amateur Football League (AFL) telah dipilih untuk menjalani latihan di England untuk menimba seberapa banyak ilmu di sana.

Delegasi ‘Dare To Dream’ yang tiba di sana kira-kira 6 hari lalu telah berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada barisan kejurulatihan dan pemain bertaraf dunia.

Latihan hari kedua di Compton Park diserikan dengan kehadiran Hwang Hee-chan yang memberikan motivasi dan kata-kata semangat ketika sempat meluangkan masa bersama.

Advertisements

Para pemain AFL juga diberikan peluang untuk menjalani latihan dan mengharungi aksi pemanas badan di Stadium Park Hall.

Antara aspek penting yang ditekankan di sana termasuklah beberapa kemahiran asas seperti hantaran pendek, kebolehan mencari jalan penyelesaian dan kekuatan fizikal yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan Wolves FC.

Pengalaman ini sekurang-kurangnya memberikan nilai tambah kepada barisan pemain dan juga jurulatih seperti Zainal Abidin Hassan untuk meningkatkan taraf Liga M3 ke tahap berbeza.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram