Janji Hwang Hee-chan Selepas Lawan Malaysia Jadi Kenyataan
Asia
Korea FA
Advertisements

Kata-kata yang diungkapkan oleh pemain sayap sensasi Korea Selatan, Hwang Hee-chan selepas lawan Malaysia kini menjadi realiti.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan ketika sua aksi awal peringkat kumpulan namun segera kembali dalam percaturan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann ketika bertemu Malaysia.

Kemasukan beliau membantu Taeguk Warriors untuk mengikat Harimau Malaya dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Ketika ini, Korea Selatan telah menempah tiket ke separuh akhir dan bakal bertemu satu lagi wakil Kumpulan E, Jordan pada 6 Februari 2024.

Sebelum ini, Hwang Hee-chan pernah memberikan satu kenyataan selepas bertemu Malaysia bahawa pasukannya akan terus melakar kemenangan hingga akhir kejohanan.

Advertisements

“Kami terpaksa berpuas hati selepas hanya mengutip satu mata berdepan Malaysia, akan tetapi, saya yakin kami akan menjadi lebih baik bagi perlawanan akan datang.”

“Saya tahu kami sepatutnya beraksi lebih baik daripada ini tetapi kami perlu memperbaiki kelemahan kami terlebih dahulu.”

Advertisements

Pemain Wolves ini juga tidak kisah bertemu mana-mana pasukan kerana fokus mereka adalah untuk memberikan yang terbaik di atas padang.

“Saya tidak kisah untuk bertemu mana-mana pasukan kerana kami yakin mampu mengalahkan mereka,” ujar Hee-chan dalam temu bual selepas perlawanan.

Advertisements

Korea Selatan akan bertemu Jordan bagi aksi separuh akhir Piala Asia AFC 2023 dan berhasrat untuk mara ke final idaman di Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram