Advertisement
Central Coast Mariners ‘Tempang’ Hadapi JDT
ACL
MakanBola
CCMFC/JST

Jaguh Australia, Central Coast Mariners berada dalam situasi kurang baik berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi ketujuh AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan pertemuan sengit dengan kedua-dua pasukan terdesak memerlukan mata.

Skuad Harimau Selatan kini dalam momentuk cemerlang mengharungi saingan domestik selepas merekodkan 5 kemenangan dalam semua aksi terakhir.

Prestasi turun naik berlaku dalam saingan di Asia selepas memungut 8 mata daripada 6 perlawanan untuk berada pada kedudukan ke-6.

Kelebihan kini menjadi milik JDT selepas prestasi terumbang ambing Central Coast dalam kedua-dua saingan domestik dan Asia.

Pasukan bimbingan Mark Jackson hanya merakamkan dua kemenangan dalam 6 aksi terakhir sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap perjuangan pasukan.

Bukan itu sahaja, The Yellow juga mencatatkan prestasi meragukan dalam kancah ACLE apabila berada pada kedudukan tercorot dengan satu mata daripada 8 perlawanan.

Aksi antara Central Coast vs JDT akan berlangsung pada 11 Februari jam 4 petang di Central Coast Stadium.