Advertisements
CEO Perak Dedah Kedegilan Sunday Afolabi
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin baru-baru ini mendedahkan kedegilan yang ada pada diri pemain import, Sunday Afolabi.

Sunday yang kerap diletakkan sebagai pemain tengah bertahan acap kali meninggalkan posisinya untuk membantu bahagian serangan dalam memburu gol buat Perak.

Namun tindakannya itu adakalanya merugikan pasukan apabila pasukan lawan menggunakan ruang yang kosong di bahagian tengah untuk menjaringkan gol ke gawang Perak.

“Macam Sunday (Afolabi). Dia ni semangat lebih sikit. Kita cakap duduk bertahan, dia naik atas. Kita tanya dia, Kenapa kau naik atas?

“Dia cakap nanti bahagian depan tak boleh nak skor (gol). Saya (Sunday) nak tolong pasukan menang. Ya lah, tapi tiap-tiap perlawanan kau langgar arahan, menyebabkan kita kena gol (dibolosi),” dedah Bobie dalam Youtube TBG TV.

Namun bagi Bobie, pemain import yang Perak ada pada hari ini mempunyai sikap yang sangat bagus terutamanya dari segi disiplin dan kerjasama dalam pasukan.

Untuk rekod, Perak menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan menduduki tangga ke-11 dengan mengumpul 22 mata selepas 26 perlawanan.

Bagi musim Liga Super 2024/2025, pihak pengurusan Perak sudah pun menetapkan sasaran realistik kepada pasukan untuk sekurang-kurangnya mengutip 40 mata dalam saingan liga.