CEO Selangor, Johan Kamal Jadi Sasaran Terbaru Simbahan Asid?
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan menjadi sasaran terbaru simbahan asid.

Perkara ini dilaporkan oleh Harian Metro mengenai kejadian ini, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Selangor FC kepada Johan Kamal ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal Halim yang dirawat di sebuah hospital swasta, semalam.

Sumber itu memberitahu bahawa pegawai berkenaan mendapat panggilan daripada individu yang tidak dikenali.

Advertisements

Individu itu memaklumkan bahawa Johan bakal menjadi mangsa seterusnya dan meminta agar beliau lebih berhati-hati kerana dibimbangi menjadi mangsa simbahan asid.

“Susulan itu, Johan membuat laporan polis sebaik sahaja melawat Faisal untuk tindakan lanjut kerana bimbang terhadap keselamatan dirinya dan keluarga.

Advertisements

“Pada masa sama, Johan menyatakan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah atau salah faham dengan mana-mana pihak yang terbabit secara langsung dalam bola sepak Malaysia,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, berlakunya dua kejadian yang tidak diingini melibatkan pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang menggunakan cota manakala Faisal Halim disimbah asid ketika berada pada sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Advertisements

Faisal Halim juga dimaklumkan sudah menjalani pembedahan pertama selama 4 jam dan keadaannya stabil buat masa ini.

Aksi pertama musim 2024/25 melibatkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bagi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram