Faisal Halim Jalani Pembedahan 4 Jam
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Tonggak utama Selangor dan Malaysia, Faisal Halim dilaporkan telah menjalani pembedahan selama 4 jam setelah menjadi mangsa simbah asid semalam.

Nama Faisal Halim menjadi sebutan seluruh penyokong bola sepak tempatan apabila beliau telah disimbah asid di sebuah pusat beli-belah oleh dua individu yang tidak dikenali.

Faisal Halim kemudian mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta Damansara dan disahkan mengalami kecederaan lecur tahap dua.

Advertisements

Wartawan sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi telah berkongsikan keadaan terkini Faisal Halim menurut makluman Dato’ Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

“Selepas Faisal Halim selesai jalani pembedahan hampir 4 jam pada tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil” ujar Dato’ Seri Shahril Mokhtar.

Advertisements

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu pemain sayap Selangor itu cedera dibahagian tangan kiri, rusuk dan bahu.

Faisal Halim berkemungkinan besar terpaksa berehat selama beberapa bulan dan bakal terlepas beberapa aksi awal Liga Super serta aksi bersama skuad Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan Jun kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram