Keadaan Terkini Faisal Halim Amat Menyedihkan
Liga Super
Aima/MakanBola
Advertisements

Keadaan sayap Selangor FC, Faisal Halim amat menyedihkan dan terpaksa melupakan bola sepak buat beberapa bulan mendatang.

Pemain berusia 26 tahun itu menggemparkan negara apabila diserang individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Beliau diserang oleh individu yang menyimbah asid kepadanya selain difahamkan bahawa suspek telah menggunakan motosikal yang telah dicuri.

Advertisements

Faisal yang kelihatan terduduk dengan kesan merah pada bahagian badan dan mukanya telah dibawa ke sebuah hospital swasta yang terletak di Damansara untuk mendapatkan rawatan.

Kunjungan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau telah menasihati Faisal Halim untuk kekal bersabar dan tidak terlalu memikirkan bola sepak.

Advertisements

“Sudah tentu dia dalam keadaan sedih, dia berjiwa kental.

“Yang pentingnya saya katakan pada dia, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan dia cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang, ujar Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi laporan wartawan Astro Arena, Fateen Syazwani.

Advertisements

Hamidin juga memberitahu bahawa keadaan pemain kebangsaan itu menyedihkan apabila beberapa bahagian anggotanya mengalami kecederaan.

“Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan. Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram