Identiti Penyerang Faisal Halim Dirakam CCTV, Guna Motosikal Curi
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Identiti penyerang Faisal Halim berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam sebuah kejadian simbah asid yang berlaku di Lembah Klang hari ini.

Kejadian yang berlaku di sekitar pusat membeli-belah di Damansara, Selangor itu menyaksikan sebuah insiden mengejutkan melanda pemain The Red Giants itu ketika keluar bersama keluarga.

Beliau yang baru sahaja menamatkan sesi latihan bersama pasukan secara tiba-tiba diserang oleh individu yang menaiki motosikal sebelum menyimbah asid ke arahnya.

Advertisements

Penyerang Faisal itu pula dilaporkan telah menggunakan motosikal curi dengan kelibatnya telah pun berjaya dirakam oleh CCTV.

Pemain sayap Harimau Malaya ini kelihatan terduduk dengan kesan merah pada keseluruhan tubuhnya sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta Damansara.

Advertisements

Ketika ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek yang menyerang Faisal Halim dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mahu tindakan segera diambil.

PDRM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut dan mengesahkan bahawa Faisal telah diserang dengan menggunakan asid di Damansara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram