Advertising
Hannah Yeoh Buka Mulut Tentang Insiden Simbah Asid Faisal Halim
MakanBola
FA Malaysia/AimaMakanBola

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan mengenai kes simbah asid yang membabitkan pemain negara, Faisal Halim.

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan serangan yang menimpa pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang oleh individu yang tidak dikenali di Terengganu.

Ad

Beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala susulan dihentak menggunakan cota serta kehilangan harta benda mencecah RM5000.

Ad

Khabar duka kembali mencemari arena bola sepak negara apabila Faisal Halim diserang secara mengejut dan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Perkara ini mendapat perhatian oleh YB Hannah Yeoh susulan kejadian kedua yang berlaku beberapa hari sebelum sepak mula musim 2024/25 berlangsung.

Ad

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports!

Ad

Beliau juga menyeru tindakan pantas oleh pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pelaku.

Ad

“Saya meminta pihak polis untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” ujarnya dalam satu ciapan di laman X.

Setakat ini, pihak polis difahamkan sudah meneliti rakaman CCTV dan mengesan penggunaan motosikal curi oleh individu yang menyerang pemain Selangor itu.