Akhyar Rashid Disamun, Kepala Dihentak Kuat Dengan Cota
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid melalui detik sukar di Terengganu selepas dilaporkan menjadi mangsa samun sebentar tadi.

Melalui satu hantaran daripada Bola Sepak Terengganu di laman X, Akhyar dikatakan telah disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota.

“Menurut laporan, Akhyar disamun di Tanjung dan kepalanya cedera dipukul dengan cota,” kongsi Bola Sepak Terengganu di laman X.

Advertisements

Akhyar ketika ini sedang menjalani rawatan kecemasan di sebuah hospital di Terengganu dengan ditemani ahli keluarganya.

Untuk rekod, Akhyar adalah pemain yang dipinjamkan dari JDT bagi saingan Liga Malaysia 2024/25. Selain Akhyar dua lagi pemain JDT turut dipinjamkan ke Terengganu iaitu Safawi Rasid dan Azam Azmi Murad.

Advertisements

Semoga tiada apa-apa yang serius dialami oleh Akhyar kerana khidmat beliau sangat diperlukan oleh skuad kebangsaan Malaysia dalam menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan yang dijadualkan pada 6 Jun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram