Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menjadi mangsa seterusnya apabila disimbah asid hari ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengenai perkhabar mengejutkan ini.
Baru-baru ini, tular berita mengenai pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid dikatakan telah disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota.
“Menurut laporan, Akhyar disamun di Tanjung dan kepalanya cedera dipukul dengan cota,” kongsi Bola Sepak Terengganu di laman X.
Khabar mengejutkan melanda kem negara apabila bintang The Red Giants, Faisal Halim pula diburu oleh suspek yang tidak dikenali.
“Baru dapat perkhabaran Faisal Halim kena simbah asid di sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air,”‘ujar Fina Nasrom menerusi ciapan di laman X.
Keadaan Faisal yang sedang terduduk mencuri perhatian apabila bahagian kepala dan belakang lehernya kelihatan merah susulan kesan asid tersebut.
Bekas pemain Terengganu itu merupakan watak penting tatkala aksi pembukaan menentang JDT dijadualkan pada 10 Mei 2024.

Polis difahamkan sudah berada di tempat kejadian susulan insiden yang tidak diingini telah berlaku bagi menjalankan siasatan lanjut.