CEO Selangor Terkejut Dengan Permintaan Akhir Tan Cheng Hoe
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal terkejut dengan permintaan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Pengendali berusia 55 tahun itu mengemudi The Red Giants selama hampir satu setengah musim namun memilih untuk ke Liga Thailand.

Perpisahan atas persetujuan bersama itu menyaksikan Selangor terpaksa mencari sentuhan baharu terutamanya bagi mempersiapkan pasukan ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Advertisements

Cheng Hoe ketika ini menjadi pengendali kelab tangga ke-14 Liga Thailand, Police Tero dan sudah pun memulakan latihan pertama bersama pasukan.

Menerusi satu kenyataan oleh Johan Kamal kepada Astro Arena, beliau tidak menyangka bahawa jurulatih itu akan memilih untuk melepaskan jawatannya.

“Saya boleh katakan kelab secara keseluruhan agak terkejut dengan permintaan Tan Cheng Hoe, meninggalkan kelab untuk menyahut cabaran baru di Thailand.”

Advertisements

“Kita sama-sama menghormati permintaan beliau. Insya Allah dalam dua, tiga minggu lagi, kita akan buat pengumuman (tentang jurulatih baru). Sasaran kita tetapkan dalam dua, tiga minggu lagilah sebab kita tak nak buat saat akhir sangat.”

Teka-teki mengenai jurulatih baharu Selangor bagaimanapun masih belum terjawab dan mungkin bakal terlerai sekitar 2-3 minggu lagi.

“Tapi kita akan usaha sekarang meneliti calon-calon yang kita kenal pasti. Coach Nidzam (Jamil), walaupun beliau sekarang jurulatih interim tetapi beliau juga calon utama untuk jawatan tersebut. Ini disebabkan pengalaman beliau bersama Selangor terutama pasukan utama di bawah Coach Karsten (Neitzel), Coach Michael (Feichtenbeiner) dan Coach Tan baru-baru ini.”

Advertisements

“Kami percaya Coach Nidzam memiliki pemahaman yang baik tentang budaya, kelebihan dan kekuatan pemain sedia ada,” ujarnya kepada Astro Arena.

Sepanjang berada di bawah era Tan Cheng Hoe, Selangor berjaya mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2022 dan juga muncul naib juara Liga Super 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram