Cerita mengenai perancangan terbaru skuad Harimau Malaya kini tersebar di Asia Tengah.
Skuad kendalian Peter Cklamovski masih segar dengan kejayaan menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0 pada aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 tempoh hari.
Harimau Malaya juga menerima sentuhan 7 orang pemain warisan dengan 5 daripadanya ialah muka baharu yang dibawa daripada liga terkemuka di Eropah.
Malaysia terus mengatur persiapan bagi memastikan prestasi pasukan berada pada tahap tertinggi menerusi penyertaan CAFA Nations Cup pada bulan September ini.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Uzbekistan dan Tajikistan itu melibatkan penyertaan 6 buah negara iaitu Iran, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan dan Afghanistan dengan dua negara jemputan iaitu Oman dan Malaysia.
CAFA dalam satu hantaran rasmi mengesahkan penyertaan 8 buah negara ini dengan undian kumpulan dijadualkan berlangsung pada 3 Julai 2025 ini.
Pengendali pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski optimis dengan pembelajaran yang bakal ditimba oleh anak buahnya menentang pasukan ranking lebih tinggi.
”Ini adalah peluang dan sesuatu yang mencabar untuk ke CAFA Nations Cupberdepan Iran, Uzbekistan yang sudah layak ke Piala Dunia,” kata Peter Cklamovski kepada