Asia
Al-Nassr/BG Pathum United
Advertisements

Perancang tengah pasukan BG Pathum United, Chanatip Songkrasin kembali menunjukkan bisanya apabila tersenarai dalam kelompok pemain terbaik di Asia.

Advertisements

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi dalam kesemua kempen di Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini setelah kembali ke negeri kelahirannya daripada kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Bertemu dengan bekas pasukannya, kapten pasukan kebangsaan Thailand itu berada dalam kelas tersendiri sungguhpun pasukannya tewas.

Advertisements

Beliau berjaya meledak dua gol penting untuk menghidupkan perjuangan pasukan di pentas tertinggi Asia namun dipalit kekecewaan.

Kekalahan 4-2 itu menyaksikan wakil Thailand itu ditunjukkan jalan keluar dari ACL musim ini.

Advertisements

Kecemerlangan Chanatip telah mengubat kedukaan tersebut apabila aksi beliau dinilai setinggi 9.0 oleh AFC sekaligus meletakkan beliau sebaris bintang Al-Nassr, Talisca.

Pada musim ini, bekas bintang Hokkaido Sapporo telah merekodkan dua jaringan dan satu bantuan gol dalam tiga penampilan.

Antara yang turut menjadi tumpuan ialah pemain Lion City Sailors, Richairo Zivkovic yang turut menjaringkan dua gol dengan penilaian 8.8 berdepan gergasi Jepun.

BG Pathum pasti mengharapkan sentuhan pemain bertubuh kecil itu apabila mereka bakal berdepan JDT bagi aksi terakhir kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram