Ads
EPL
Chelsea FC

Penyokong Chelsea dikejutkan dengan fakta bahawa pasukan itu memiliki baki kontrak pemain selama 191 tahun!

Advertisements

Perkiraan ini dibuat oleh Sky Sports News membabitkan semua 20 pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mengetahui baki tahun kontrak yang dimiliki pemain pasukan-pasukan itu.

Advertisements

Musuh ketat The Blues, Tottenham Hotspur berada di tangga kedua dengan 97 tahun. Ini disusuli oleh Brighton yang memiliki baki kontrak selama 96 tahun.

Advertisements

Advertisements

Pasukan yang berpangkalan di Merseyside, Everton berada di tangga terbawah dengan baki kontrak 47 tahun. Kelab itu disertai Fulham dan Ipswich yang masing memiliki baki kontrak 51 dan 58 tahun.

Perkara ini berlaku disebabkan tindakan pemilik Chelsea, Todd Boehly yang memilih menawarkan kontrak jangka panjang – ada yang sehingga mencecah sembilan tahun. Antara pemain yang memiliki kontrak tersebut ialah Cole Palmer dan Enzo Fernandez.

Advertisements

Pendekatan yang dipilih Boehly bertujuan membantu Chelsea menanggung yuran perpindahan yang besar pada kadar berpatutan mengikut tempoh kontrak yang dimeterai.

Walau bagaimanapun, pendekatan The Blues ini mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak terutama pakar bola sepak. Legenda Liverpool, Graeme Souness menyifatkan tempoh kontrak sebegitu hanya akan menjadikan pemain malas dan tiada keinginan untuk bermain.

Souness yang pernah melatih beberapa pasukan termasuk The Reds dan Newcastle United melihat polisi berkenaan juga bakal menyukarkan jurulatih Chelsea, Enzo Maresca.

“Beri pemain berusia 20-an jaminan kewangan untuk sepanjang hayat mereka, itu akan memalapkan keinginan mereka. Mereka tidak akan melihat setiap hari bak hari persekolahan.

‘Ianya menjadi terlalu banyak dan diberi terlalu awal dan orang-orang yang sama ini akan mula merasa selesa dengan kedudukan mereka. Ini menjadikan tugas seorang pengurus lebih hampir kepada misi mustahil,” katanya dalam kolum mingguannya di Daily Mail.

Kesukaran itu dapat dilihat apabila Maresca memilih menggugurkan beberapa pemain menjelang aksi pembukaan EPL dengan juara bertahan, Manchester City. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 2-0 buat The Citizens.

Awal musim 2024/25 saja menyaksikan The Blues sudah berbelanja melebihi £200 juta (RM1.1 bilion) untuk sembilan pemain. Antara pemain yang dibawa masuk ialah Kiernan Dewsbury-Hall dan Pedro Neto.

Advertisements

Chelsea juga kini dilaporkan semakin hampir memuktamadkan perpindahan pemain tengah Atletico Madrid, Joao Felix.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram