China Tewaskan Skuad Muda Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

China bangkit membalas dendam dengan mengalahkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam aksi persahabatan kedua B-23 antarabangsa di Shanghai hari ini.

Selepas tewas tipis 1-0 di tangan anak buah Juan Torres Garrido pada 23 Disember lalu, tuan rumah yang dibimbing Cheng Yaodong mahu bangkit dan membalas dendam atas apa yang berlaku.

Sementara Harimau Muda pula berharap dapat mengulangi kecemerlangan yang dicapai dalam aksi persahabatan pertama hari ini.

Advertisements

Kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran untuk perlawanan hari ini. Skuad negara memilih penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim sebagai penjaga gol utama menggantikan Azim Al Amin Kamaruddin.

Tuan rumah mendahului seawal minit kelima menerusi Du Yuesheng. Gol terhasil akibat kesilapan Rahadiazli yang dieksploitasi Yuesheng sebelum menembusi gawang Harimau Muda.

Advertisements

Tersentak, pasukan pelawat bangkit memburu gol penyamaan. Penyerang muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Harimau Muda ditimpa malang apabila Aliff Izwan diperintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-39. Ini memaksa pelawat beraksi dengan 10 pemain.

Advertisements

Pertelagahan antara pemain kedua-dua pasukan kemudiannya tercetus apabila terjahan keras pemain muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Daryll Sham terkena pemain China.

China yang dianugerahkan sepakan percuma oleh pengadil kembali mendahului menerusi Tao Qianlong. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, skuad negara berusaha mencari gol penyamaan walaupun beraksi dengan 10 pemain tetapi gagal.

Ini mendorong Garrido memasukkan Aiman Afif, Alif Zikri, Aiman Khairul, Mukhairi Ajmal, Umar Hakeem, Alif Ikmalrizal dan T. Saravanan untuk mengubah momentum perlawanan.

Malangnya, itu tidak berlaku dengan tuan rumah terus memberi tekanan kepada barisan pertahanan Harimau Muda diketuai Harith Haiqal Adam Afkar.

Kedua-dua pasukan terus mencari gol tambahan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun tewas dan beraksi dengan 10 pemain, skuad negara mempamerkan semangat juang tinggi bagi memastikan mereka tidak ketinggalan jauh dengan China.

Dua perlawanan persahabatan di China merupakan sebahagian daripada persiapan skuad B-23 negara untuk mendepani Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung pada April tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram