Advertising
China Cuba ‘Rampas’ Calon Pemain Warisan Harimau Malaya
MakanBola
FAM/MVFC

China telah melakukan percubaan untuk merampas calon pemain warisan Harimau Malaya.

Baru-baru ini, tular satu laporan daripada ESPN Asia mengenai kapten muda Australia, Ryan Teague yang dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Ad

Tonggak berusia 23 tahun itu kini beraksi di A-League bersama Melbourne Victory dikatakan boleh mewakili tiga negara iaitu Australia kerana beliau lahir di Sydney.

Ad

Bukan itu sahaja, Ryan didakwa memiliki pertalian darah dengan China dan Malaysia sekaligus masih boleh mewakili dua negara ini.

Chian dilaporkan sudah melakukan usaha awal untuk memujuk pemaini bagi menyertai skuad kendalian Branko Ivankovic seawal Mac ini.

Ad

“Walaupun Teague masih belum membuat keputusan untuk menyertai China, difahamkan tawaran itu sangat lumayan daripada CFA yang kini mencari pemain yang boleh mewakili negara Asia Timur,” ujar laporan tersebut.

Ad

Teague bagaimanapun masih belum membuat keputusan muktamad tentang masa depannya ketika ini.

Ad

“Saya hanya cuba bermain bola sepak saya pada masa ini,” kata bekas Olyroo itu apabila ditanya mengenai sebarang pendekatan CFA. “Saya akan mengharungi setiap perlawanan tanpa memikirkan perkara lain.”

Malaysia difahamkan bakal menerima 8 pemain warisan baharu dengan 4 daripadanya bakal diumumkan dalam masa terdekat.