Advertising
Kapten Australia Didakwa Keturunan Asli Malaysia
MakanBola
Melbourne Victory FC

Kapten muda Australia didakwa memiliki pertalian darah yang membolehkannya mewakili Malaysia.

Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perkembangan mengenai dokumentasi 8 pemain warisan baharu sedang rancak dijalankan.

Ad

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

Ad

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain,” ujar kenyataan FA Malaysia.

Laporan daripada ESPN Asia memaklumkan bahawa perancang tengah Melbourne Victory, Ryan Teague memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Ad

Pemain berusia 23 tahun ini kini menjadi rebutan tiga negara iaitu Australia, China dan Malaysia selepas boleh beraksi buat ketiga-tiga pasukan kebangsaan.

Ad

Kapten B-17 Australia ini masih belum membuat sebarang penampilan buat skuad senior Australia sambil masih belum memutuskan tentang masa depan karier antarabangsanya.

Ad

“Saya hanya cuba bermain bola sepak saya pada masa ini,” kata bekas Olyroo itu apabila ditanya mengenai sebarang pendekatan CFA. “Saya akan mengharungi setiap perlawanan tanpa memikirkan perkara lain.

“Saya di sini di Melbourne Victory cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan dan diri saya sekarang dan apa sahaja yang berlaku di luar, saya serahkan kepada orang saya yang membantu saya.

Ryan dilaporkan lahir di Sydney namun memiliki pertalian darah yang membolehkannya untuk mewakili China dan Malaysia.

Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada Ryan berada dalam senarai 8 pemain warisan yang telah disenarai pendek oleh FAM setakat ini bagi mewakili Harimau Malaya.