Advertising
Senarai Calon Pemain Warisan Harimau Malaya Bertambah
MakanBola
FA Malaysia

Senarai pemain warisan Harimau Malaya kini semakin bertambah.

Sebelum ini, DYAM Tunku Ismail memberi bayangan hanya akan ada 6 hingga 7 pemain warisan yang berpotensi untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Ad

“Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.

Ad

“Ini agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.

Walau bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 8 pemain berpotensi untuk memperkuat Harimau Malaya dalam tempoh terdekat.

Ad

“FAM ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

Ad

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain,” jelas kenyataan FAM.

Ad

FAM juga mengucapkan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.

Ujian pertama pasukan kebangsaan adalah menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.