Gol jarak jauh dari bahagian tengah padang memastikan Kyrgyzstan meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas juara ASEAN Hyundai Cup 2026, Vietnam.
Selepas menewaskan Chinese Taipei 2-0, anak buah Kim Sang-sik berharap dapat meneruskan rentak kemenangan ke atas Kyrgyzstan di Stadium Thien Truong.
Rentak itu seakan dapat diteruskan apabila tuan rumah mendahului pada separuh masa pertama menerusi penyerang muda, Nguyen Dinh Bac.
Kyrgyzstan kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi bek tengah, Valeriy Kichin pada minit ke-86. Seminit selepas itu, Erbol Atabaev menceriakan kem pelawat dengan gol luar biasa.
Selepas menyedari penjaga gol Vietnam, Tran Trung Kien jauh dari gawang, Atabaev melepaskan rembatan dari bahagian tengah padang sebelum menerjah jaring.
Gol itu memastikan Kyrgyzstan menutup kempen jelajah di Vietnam dan tahun 2026 dengan kemenangan.


