Vietnam mencatatkan kemenangan selesa ke atas Chinese Taipei dalam aksi persahabatan antarabangsa pada bulan November ini di laman sendiri.
Selepas akhiri saingan FIFA ASEAN Cup di tangga ke-4, Vietnam kembali ke tempat sendiri dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Chinese Taipei dalam aksi persahabatan antarabangsa untuk bulan November.
Barisan serangan Vietnam kini makin menarik dengan kehadiran bintang naturalisasi baharu, Olaha Manh Duc yang turun sebagai penyerang utama sambil dibantu oleh Nguyen Dinh Bac di sayap kiri.
Ketajaman Olaha Manh Duc berjaya memukau penyokong yang hadir apabila pemain Ho Chi Minh City itu tak menunggu lama bagi membuka akaun gol bersama skuad kebangsaan pada minit ke-22.
Pelawat berusaha keras bagi mengimbangi perlawanan dengan melancarkan siri serangan balas ke kubu lawan namun benteng pertahanan Vietnam yang diketuai Nguyen Thanh Chung terus kebal.
Babak kedua bersambung dengan sorakan meriah peminat tuan rumah apabila giliran Nguyen Dinh Bac berhasil menambah gol kedua menerusi gerakan lincah dari sayap kiri yang disudahkan cukup baik.
Aksi di Stadium Thien Truong berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Vietnam, tatkala Kyrgyzstan bakal menjadi pasukan lawan bagi kedua-dua negara ini dalam aksi persahabatan akan datang.


