Asia Tenggara

Jurulatih Vietnam Kena Pecat

Vietnam B 20 Vietnam FF Jurulatih Vietnam Kena Pecat
Vietnam FF
Advertisements

Skuad Vietnam Bawah 20 Tahun (B-20) menyaksikan perubahan pada tampuk kejurulatihan.

TheThao247 melaporkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memilih menamatkan khidmat jurulatih Jepun, Yutaka Ikeuchi.

Keputusan itu dibuat susulan kempen hambar Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2027 pada Ogos dan September lalu.

Vietnam menamatkan kempen peringkat kumpulan di tangga terakhir. Ini sekali gus menyaksikan Vietnam tersingkir ke fasa pembangunan untuk edisi Piala Asia B-20 seterusnya.

Vietnam perlu berada dalam kelompok dua pasukan teratas kumpulan fasa tersebut dalam edisi berikutnya untuk kembali ke peringkat kelayakan.

Situasi ini menyebabkan Vietnam terpaksa melupakan hajat layak ke Piala Asia B-20 2029 dan fokus kepada edisi berikutnya.

Susulan itu, Hoang Anh Tuan dipanggil untuk membimbing skuad Vietnam B-19. Meskipun tidak lagi membimbing pasukan itu, sentuhan Ikeuchi masih ditagih VFF.

VFF melihat kepakaran beliau masih lagi diperlukan untuk membantu memantapkan program akar umbi badan induk itu.