Advertising
“Tunggu & Lihat Apa Akan Saya Lakukan” – Tunku Ismail
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan untuk melihat tindakan seterusnya yang bakal dilakukan.

Ketika ini, DYAM Tunku Ismail sedang rancak menjalankan projek revolusi Harimau Malaya dengan kehadiran Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Rob Friend yang baru diumumkan pada Selasa.

Ad

Selain itu, pelantikan Peter Cklamovski dan juga Nafuzi Zain selaku jurulatih pasukan senior dan B-23 negara merupakan salah satu agenda penstrukturan pasukan kebangsaan oleh DYAM Tunku Ismail.

Ad

Walau bagaimanapun, Baginda memberi bayangan bakal ada lagi kejutan berlaku selain meminta agar orang ramai tunggu setelah melihat segala kejayaan hebat yang dicapai oleh JDT sebelum ini.

”Sesuatu yang besar bakal berlaku. Jikalau anda rasa apa yang saya lakukan untuk JDT selama ini hebat. Tunggu dan lihat apa yang akan saya lakukan selepas ini,” ujar Baginda.

Ad

Kejutan yang bakal berlaku itu melibatkan aspek penting bagi sesebuah pasukan seperti nilai komersial, aset, infrastruktur dan Baginda menjangkakan 2025 bakal menjadi permulaan bagi era baharu.

Ad

”Peningkatan dalam setiap aspek. Nilai komersial, aset, infrastruktur terbaik, sejarah dan juga kejayaan.”

Ad

”Empayar kita. 2025 bakal menjadi tahun yang gemilang dan tidak disangka-sangka. Ini adalah permulaan bagi era legasi,” tulis DYAM Tunku Ismail dalam catatan Instagram Story.

Instastory Tunku Ismail “Tunggu & Lihat Apa Akan Saya Lakukan” - Tunku Ismail
Instagram: DYAM Tunku Ismail

Terdahulu, DYAM Tunku Ismail telah bertemu beberapa tokoh dalam bidang bola sepak dan korporat seperti Presiden Paris Saint-Germain FC, Nasser Al-Khelaifi begitu juga CEO Qatar Airways, Badr Mohammed Al-Meer.