Pasukan kebangsaan China cuba menggunakan muslihat kotor untuk melemahkan skuad Thailand bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Perlawanan kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan China bakal berdepan skuad Gajah Perang bagi yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2024.
Keadaan bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan kendalian Matasada Ishii apabila pasukannya cuba dilemahkan oleh China secara langsung.
China kini menggunakan kelebihan selaku tuan rumah apabila mengesahkan bahawa sebuah stadium yang terletak di bandar Shenyang bakal digunakan bagi perlawanan tersebut.
Shenyang Olympic Sports Center Stadium terletak di sempadan Korea Utara itu memerlukan Thailand melalui penerbangan jauh dan tiada akses penerbangan secara terus (direct) untuk ke sana.
Changsuek juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar dengan usahawan ternama Thailand telah membantu pasukan dengan menaja sebuah pesawat peribadi.
“Syarikat TOA Paint yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jatuphat Tangkaravakoon telah bersetuju untuk membantu membiayai penerbangan peribadi Changsuek ke China untuk perlawanan penting bulan depan.
“Anggaran kos untuk perjalanan ini ialah 8.4 juta baht (RM1.08 Juta),” jelas Ta Lao dalam kenyataan tersebut.
Thailand kini berada pada tangga ke-3 Kumpulan C dengan 4 mata manakala China di tangga kedua dengan 7 mata.