Kelayakan Piala Dunia: Thailand Tewas Di Tangan China
Piala Dunia
FA Thailand
Advertisements

China tampil gah menewaskan pasukan Asia Tenggara, Thailand 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Thailand turun dengan formasi 4-2-3-1 manakala China tampil bermain formasi 3-5-2.

Thailand terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 perlawanan hasil jaringan S. Yooyen.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan itu, China bangkit mengejar dan berjaya meraih gol penyamaan 6 minit kemudian hasil jaringan Wu Lei.

S. Wang muncul penjaring gol kemenangan China pada minit ke-74 perlawanan hasil hantaran P. Xie.

Thailand mendominasi penguasaan bola dan melakukan lebih banyak percubaan ke arah gawang gol namun percubaan China lebih tepat untuk meraih 2 gol penting.

Advertisements

Tamat perlawanan, China menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pertama kelayakan Piala Dunia.

China kini mengutip 3 mata pertama dalam saingan kumpulan C manakala Thailand berpeluang meraih kemenangan pertama pada aksi seterusnya menentang Singapura pada Selasa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram