China Lantik Jurulatih Berprofil Tinggi
Asia
Omanfa
Advertisements

Persatuan bola sepak China hari ini mengumumkan pelantikan Branko Invankovic sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Aleksandar Jankovic.

Susulan prestasi buruk dalam saingan Piala Asia baru-baru ini, langkah drastik dibuat oleh pihak persatuan bagi memastikan China dalam landasan terbaik hadapi aksi seterusnya iaitu kelayakan Piala Dunia.

“Bagi persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026 akan datang, CFA memutuskan, selepas penilaian pakar, untuk mengambil Branko Ivankovic sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan lelaki China,” baca kenyataan CFA.

Advertisements

Branko Invankovic, berumur 69 tahun berasal dari Croatia. Beliau mempunyai pengalaman di China selama tiga tahun (2009-2011), pernah mengemudi pasukan Shandong Luneng sehingga menjadi juara bagi saingan Liga Super China pada tahun 2010.

Untuk rekod, jurulatih berusia 69 tahun itu juga pernah melatih beberapa kelab Eropah, termasuk Hannover 96 Jerman dan GNK Dinamo Zagreb dari Croatia, serta pasukan kebangsaan Iran dan juga Oman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram