Advertisements
China & India Tinggalkan Piala Asia Dengan Cara Yang Sama
Asia
MakanBola
AIFF / FA China

China dan India meninggalkan kempen Piala Asia 2023 Qatar dengan cara yang sama walaupun kedua-duanya mengakhiri saingan kumpulan di kedudukan yang berbeza.

Selepas selesai peringkat kumpulan, hanya pasukan China dan India sahaja yang mengakhiri kumpulan tanpa sebarang gol yang berjaya dihasilkan.

Biarpun China menamatkan saingan kumpulan A di tangga ketiga dengan mengutip dua mata, namun kebuntuan jaringan terus menghantui pasukan kendalian Aleksandar Jankovic itu.

Manakala ianya sedikit berbeza buat India. India menamatkan Piala Asia di tangga tercorot Kumpulan B tanpa mengutip sebarang mata. Bukan sahaja itu, mereka juga gagal menjaringkan gol sepanjang kejohanan.

Sebelum aksi terakhir kumpulan Piala Asia, terdapat dua lagi pasukan yang gagal menjaringkan gol iaitu Malaysia dan Kyrgyzstan.

Namun Malaysia dan Kyrgyzstan berjaya menjaringkan gol pada aksi terakhir kumpulan masing-masing dengan Malaysia berjaya meledak tiga gol ketika menentang Korea Selatan.

Manakala Kyrgyzstan berjaya meledak satu gol ketika seri 1-1 menentang Oman yang mana menyasikan keputusan tersebut memaksa Oman tersingkir dari saingan Piala Asia.