China Masih Mahu Bertemu Malaysia
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Meskipun telah beradu sebanyak dua kali, skuad China Bawah 23 Tahun (B-23) tetap memilih Malaysia sebagai lawan untuk aksi persahabatan sebelum Piala Asia B-23.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato ‘Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.

Selain China, tuan rumah Piala Asia B-23 2024 iaitu Qatar dan India juga bakal menguji kemantapan barisan anak buah Juan Torres Garrido.

Advertisements

“Kita (skuad muda negara) akan lawan India di sini (Malaysia). Kita juga akan menentang Qatar dua kali dan China sekali sebab kita sampai awal di sana,” katanya.

Sekiranya perlawanan ini dapat diaturkan, ini peluang buat barisan Harimau Muda untuk membalas dendam kekalahan di tangan lawan sama pada Disember lalu.

Rekod pertemuan sebelum ini menyaksikan Malaysia menang sekali daripada 19 pertemuan sebelumnya dengan skuad muda China.

Advertisements

Bakinya menyaksikan tiga perlawanan berkesudahan dengan seri dengan 15 lagi dimenangi oleh China.

Harimau Muda berjaya layak ke Piala Asia B-23 menerusi slot naib juara terbaik. Ini selepas Malaysia muncul naib juara Kumpulan H di belakang negara serantau, Thailand.

Malaysia berdepan cabaran sukar di mana skuad negara berada dalam Kumpulan D. Selain Malaysia, Vietnam, Uzbekistan dan Kuwait turut berada dalam kumpulan sama.

Advertisements

Piala Asia B-23 bakal membuka tirai kempen pada 15 April ini. Harimau Muda bakal membuka kempen Kumpulan D dengan menentang Uzbekistan untuk aksi pertama kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram