Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara.

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada pada tahap yang lebih baik.

Advertisements

Menerusi kenyataan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato ‘Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa dua lawan kini sudah dalam perbincangan untuk bertemu skuad muda negara.

“Kita (Skuad muda negara) akan lawan India di sini (Malaysia). Kita juga akan menentang Qatar dua kali dan China sekali sebab kita sampai awal di sana.”

Advertisements

Ujiam berat menanti skuad muda negara apabila diundi berdepan Kuwait, Uzbekistan dan juga Vietnam untuk mencapai misi mara ke peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, penyerang muda negara Fergus Tierney optimis dengan kemampuan skuad muda negara untuk memberikan saingan terbaik sambil memuji impak Juan Torres.

Advertisements

“Walaupun pemain baru sahaja menjalani latihan 2-3 kem tetapi pemain mudah faham apa yang ingin disampaikan oleh Juan Torres.

Hamidin menyerahkan segala pemilihan pemain di tangan pengendali kelahiran Sepanyol itu sungguhpun terdapat hasrat peminat untuk melihat kelibat Arif Aiman bersama skuad kebangsaan b-23 di Qatar.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram