Juan Torres Panggil Arif Aiman?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Hasrat untuk melihat pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi untuk dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres masih tergantung.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan skuad b-23 negara untuk ke Qatar.

Anak didik Juan Torres difahamkan akan terbang ke luar negara sekitar Mac atau awal April bagi menghadapi aksi persahabatan.

Advertisements

Teka-teki mengenai senarai pemain yang bakal menjadi pilihan pengendali dari Sepanyol itu masih belum terjawab setakat ini.

Memetik laporan Harimau Malaya, Hamidin menyatakan bahawa segala keputusan akan ditentukan oleh barisan kejurulatihan namun hasrat untuk melihat Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu mungkin tidak kesampaian.

“Nanti kita tengok dulu senarai daripada jurulatih. Akan tetapi, pada pandangan saya, kalau di Eropah, pemain yang dah bersama skuad senior tidak lagi beraksi buat pasukan junior.”

Advertisements

“Ini juga berkaitan semangat dia. Kalau semua perlawanan dia pergi, dia akan pengsan,” ujarnya ketika ditemu bual di Angsana Hotel, Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun masih menunggu barisan pemain daripada Juan Torres untuk senarai akhir.

Arif merupakan pemain tunjang di bawah kendalian Kim Pan-gon apabila menjaringkan gol penalti ketika bertemu Korea Selatan tempoh hari.

Advertisements

Malaysia B-23 akan bertemu Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam dengan aksi pertama bakal bermula pada 17 April 2024 menentang Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram