Nilai Arif Aiman Cecah RM2.8 Juta, Pintas Bintang Final Piala Asia 2023
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Nilai pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak tinggi apabila kini mencecah RM2.8 Juta bagi tahun 2024.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan apabila membantu pasukan untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada tahun lalu.

Beliau juga turut diberikan tanggungjawab besar untuk membawa cabaran negara pada aksi Piala Asia AFC 2023 termasuklah kejayaan mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai Arif Aiman kini mencecah 500 ribu Euro (RM2.8 Juta) dan menjadi pemain tempatan termahal di Liga Super.

Beliau bagaimanapun menduduki tangga ke-6 dalam senarai keseluruhan pemain Liga Super dengan perancang tengah JDT, Jalil Elias di tangga pertama dengan 3 juta Euro (RM15.53 Juta).

Arif bagaimanapun berjaya berada di atas beberapa pemain ternama seperti Murilo 500 ribu Euro (RM2.58 Juta) dan juga perancang tengah Jordan yang menyerlah di Piala Asia 2023, Noor Al-Rawabdeh.

Advertisements

Jeneral tengah Selangor itu berada di tangga ke-8 dengan nilai 500 ribu Euro (RM2.58 Juta) namun mencatatkan peningkatan sejak beraksi di Liga Super Malaysia.

Arif merupakan penjaring terbanyak Harimau Malaya pada tahun 2023 dengan 6 gol bersama seorang lagi pemain cilik, Faisal Halim.

Beliau juga menjaringkan penalti ketika mengikat Taeguk Warriors sekaligus membantu Malaysia untuk meraih mata penting FIFA.

Advertisements

Sebelum ini, Arif sudah pun menandatangani kontrak lanjutan bersama JDT sekaligus menyaksikan komitmennya kekal bersam skuad Harimau Selatan bagi beberapa musim akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram