Hiburan
FA Malaysia/AriifAiman42
Advertisements

Pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi mempamerkan kebolehan tinggi untuk beraksi di atas salji.

Bintang berusia 22 tahun itu baru sahaja selesai berbakti buat skuad negara di pentas Piala Asia 2023.

Beliau memainkan peranan yang cukup penting bersama Harimau Malaya termasuklah ketika membantu pasukan mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Perkembangan terbaru menyaksikan pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terbang ke Jepun untuk meluangkan masa semasa tempoh cuti.

Beliau juga sempat bertemu dengan rakan senegara, Luqman Hakim Shamsudin yang berada di sana apabila sudah melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC.

Arif juga yang masih berada di sana sempat berkongsi kemahiran tingginya untuk beraksi di atas salji dengan penuh khusyuk di laman Instagramnya.

Advertisements

Klip ini juga dikongsikan oleh para peminat pada beberapa platform media sosial terkemuka.

Pada tahun 2023, Arif Aiman menjadi penjaring terbanyak buat skuad kebangsaan dengan 6 gol bersama Faisal Halim.

Copy of Untitled Design 20 Arif Aiman Pamer Kebolehan Beraksi Atas Salji

Beliau juga merupakan pemain tempatan dengan jumlah jaringan terbanyak iaitu 12 jaringan bagi saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Cabaran berikutnya buat Arif adalah untuk membantu Harimau Malaya berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram