Hiburan

Rambut Pemain Melayang Semasa Main Bola

Bola Annross Rambut Pemain Melayang Semasa Main Bola
Annross/Pixabay

Seorang pemain Brazil bernasib malang apabila rambut palsunya terbang tatkala cuba menanduk bola.

Advertisement

Portal TuttoMercatoWeb melaporkan perkara ini berlaku kepada seorang pemain bernama Eduardo “Dudu” Rosa ketika mewakili kelabnya, Divineia di Brazil. Pada ketika itu, pasukannya terikat 1-1 dengan Arroio dengan perlawanan memasuki minit ke-85.

Semasa dia cuba menanduk bola, Dudu terkejut apabila rambut palsunya tertanggal dan jatuh di atas padang.

Dia yang juga seorang tukang gunting rambut mendedahkan rambut itu cukup berguna buat dirinya bukan saja ketika berlatih dan bermain bola sepak. Malah, Dudu turut menggunakannya ketika berenang.

“Ini kali pertama perkara ini berlaku kepada saya,” katanya. Dia kemudiannya mengakui gam yang digunakan untuk rambut palsu tersebut tidak kuat sekali gus membawa kepada insiden berkenaan.

Dudu kemudiannya cuba memakai rambut palsu itu semula tetapi tidak berhasil. Bekas pemain remaja Avai itu juga tidak terganggu dengan usikan berhubung insiden rambut palsu itu.

Malah, Dudu bersikap terbuka dan tidak ada masalah bergurau dengan penyokong yang hadir. Menariknya, insiden itu turut mendorong 500 orang mengikuti dirinya di media sosial.

Dudu juga percaya disebabkan perkara itu, orang merasa ingin tahu perasaan bermain dengan rambut palsu. “Saya rasa kita sudah pecahkan satu tabu (berhubung rambut palsu),” tambahnya.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...