ACL

Bekas ‘Orang Besi’ Ulsan HD Kenang Memori Lawan JDT

Arif Ulsan JDT JST 1 Bekas 'Orang Besi' Ulsan HD Kenang Memori Lawan JDT
Johor Southern Tigers

Bekas tonggak pertahanan Ulsan HD, Lee Myung-jae melabel aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai aksi paling sukar pernah dihadapi dalam kariernya.

Advertisement

Pandangan itu dibuat pemain pertahanan berusia 33 tahun itu apabila ditanya tentang pasukan paling sukar yang pernah dihadapi dalam karier permainannya.

Myung-jae yang kini mewakili Daejeon Hana Citizen menyifatkan apabila Ulsan bertemu Harimau Selatan pada 2024, aksi itu disifatkan sukar bukan saja kerana mereka beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Malah, pasukan yang ketika itu dibimbing jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon berdepan tekanan hebat daripada tuan rumah sejak dari sepak mula. Walaupun tidak beraksi menentang JDT, Myung-jae menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan paling sukar dalam kariernya.

“Perlawanan (menentang JDT) bukan aksi mudah. Saya fikir ini aksi di tempat lawan yang paling sukar. Pasukan Asia Tenggara tidak beraksi seperti ini.

“Dan sejak dari sepak mula, itu bukan mudah dan mereka mengenakan tekanan (kepada Ulsan). Tahap kelembapan pula tinggi ketika itu,” katanya dalam video Off The Pitch terbitan Hana TV.

Arif Ulsan JDT JST 2 1 Bekas 'Orang Besi' Ulsan HD Kenang Memori Lawan JDT
Arif Aiman menjadi duri dalam daging buat Ulsan apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 5 November 2024. Sumber: Johor Southern Tigers

Aksi ACLE antara JDT dan Ulsan yang berlangsung pada 5 November 2024 itu menyaksikan tuan rumah meraih kemenangan selesa 3-0. Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson da Silva masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Selepas enam bulan berkelana di England pada 2025, Myung-jae kembali ke Korea Selatan dan menerima tawaran Daejeon Hana Citizen. Beliau kini merekodkan 48 penampilan, empat gol dan 13 bantuan gol untuk pasukan itu.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...