ACL

Situasi Afiq Fazail Di Thailand Timbul Tanda Tanya

Afiq JDT Johor Situasi Afiq Fazail Di Thailand Timbul Tanda Tanya
Johor Southern Tigers

Kem Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima berita kurang enak di Thailand apabila pemain tengah, Afiq Fazail terpaksa menjalani latihan berasingan.

Advertisement

JDT bertandang ke Stadium Ratchaburi untuk menentang Ratchaburi FC dalam aksi pusingan kelima Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) Zon Timur malam ini, 24 November 2026. Juara Liga Super itu kini berada di tangga keenam dengan tujuh mata dan perbezaan gol +3. Tuan rumah pula tersekat di tangga ke-14 dengan hanya satu mata.

Menurut SNE Sports, Afiq tidak berlatih bersama rakan sepasukan semasa sesi latihan rasmi JDT di Stadium Ratchaburi menjelang perlawanan tersebut.

Beliau sebaliknya menjalani latihan berasingan selepas mengalami kecederaan. Setakat ini, tiada pengesahan rasmi sama ada beliau mampu beraksi malam ini.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan nadi penting di bahagian tengah Harimau Selatan. Beliau juga pemegang rekod penampilan terbanyak bersama kelab sejak membuat debut pada Januari 2017.

Latihan berasingan yang dijalani pemain tengah kebangsaan itu menimbulkan tanda tanya. Jika beliau terpaksa berehat, Xisco Munoz perlu mencari formula baharu di bahagian tengah lebih-lebih lagi tuan rumah dijangka bermain habis-habisan di depan penyokong sendiri.

Ratchaburi memang mengimpikan kemenangan sulung dalam saingan ini. Daripada empat perlawanan, mereka seri sekali dan tewas tiga kali. Pengendali kelab Thailand itu, Worrawoot Srimaka menegaskan pasukannya mahu meraih tiga mata penuh.

“Saya fikir mereka satu pasukan yang bagus. Saya fikir mereka cukup bagus untuk beraksi dalam saingan di pentas Asia. Tetapi setiap pasukan mesti mempunyai titik kelemahan termasuk pasukan kita juga. Jadi, esok kita bermain untuk mendapatkan tiga mata menentang JDT,” kata beliau pada sesi sidang media pra-perlawanan.

Jurulatih tuan rumah itu turut membayangkan bahawa pasukannya akan menunggu peluang daripada kesilapan lawan.

“Itu bergantung kepada hari esok tentang sama ada kita akan mengambil kesempatan daripada kesilapan mereka,” ujarnya.

Satu lagi kekalahan bakal menyukarkan lagi impian Ratchaburi untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Xisco sendiri sudah memberi amaran supaya anak buahnya tidak memandang mudah lawan. Beliau menyifatkan Ratchaburi sebagai ‘harimau terluka’ walaupun pasukan itu tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, termasuk kekalahan 3-2 kepada Vissel Kobe.

JDT pula menang empat daripada lima perlawanan terakhir, termasuk kemenangan 3-1 di tempat Cong An Ha Noi. Kemenangan malam ini akan membawa wakil Malaysia itu ke 10 mata dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam perebutan tiket ke pusingan kalah mati.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...