Eropah

Richard Chin Tak Henti Sumbang Gol Di Scotland

Richard Ross County FC 3 Richard Chin Tak Henti Sumbang Gol Di Scotland
Ross County FC
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Richard Chin terus mempamerkan impak cemerlang bersama kelabnya, Ross County di Scotland.

Terbaru, bekas pemain Raith Rovers itu membantu The Staggies menewaskan Airdrieonians 4-0 dalam aksi terbaru Scottish League One.

Kapten, Brian Graham meledakkan gol pertama buat tuan rumah pada minit ke-23. Hantaran deras Richard kemudiannya disudahkan penyerang berusia 38 tahun itu empat minit selepas itu.

Graduan akademi Charlton Athletic itu kemudiannya mencipta gol pada minit akhir babak pertama. Graham mencipta hatrik dengan meledakkan gol pada separuh masa kedua.

Keputusan ini menyaksikan Ross County terus menerajui Scottish League One dengan 31 mata. Meskipun berkongsi mata sama dengan Hamilton, kelab itu memiliki kelebihan gol.

Sejak menyertai Ross County pada musim panas lalu, Richard telah meledakkan tujuh gol dan mencipta empat bantuan gol dalam 21 penampilan semua kejohanan.

Prestasi baik beliau berpotensi meningkatkan peluangnya menyertai kem Harimau Malaya pada November ini.

Jika Richard dipanggil jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, beliau berpeluang menambah penampilan bersama skuad negara. Kali terakhir beliau beraksi bersama Harimau Malaya ialah September 2025.