Pengurus AC Milan, Ruben Amorim mengakui masih sayangkan kelab lamamya, Manchester United.
Sentimen itu dikongsi pengendali Portugal itu dalam sidang media praperlawanan Liga Europa UEFA (UEL) menentang Bournemouth.
Meskipun kini berada di San Siro, Amorim tetap menyayangi United dan menyukai suasana penyokong di Old Trafford. Sentimen itu tidak berubah meskipun beliau dipecat pada Januari lalu.
Amorim kini fokus dengan tugasnya membimbing Rossoneri dan menganggap pengalaman di England banyak membantunya.
“Saya tiada apa yang hendak diperkatakan tentang United. Saya boleh kata bahawa saya masih sayangkan kelab itu dan atmosferanya, apa yang berlaku tidak mengubah hakikat itu.
“Kemudian, saya beralih angin dan sekarang saya di AC Milan dan saya fokus kepada perkara ini.Setiap kelab besar, masalah sentiasa ada.
“Saya fokus kepada pasukan kita dan saya tak fikir tentang pasukan lain. Saya tak kira tentang masa silam saya di United, apa yang saya kata bila saya tandatangani (kontrak) di sana kekal sama,” katanya seperti dilaporkan Sky Sports.
United terus berdepan prestasi tidak menentu apabila dibelasah kelab Itali, Como dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Kekalahan ini dilihat meletakkan kedudukan pengganti Amorim, Michael Carrick dalam bahaya.