Asia
LuqmanSham10
Advertisements

Pertemuan dua bakat muda Malaysia, Arif Aiman dan Luqman Hakim mencuri tumpuan netizen di Malaysia.

Dua bakat masa depan negara ini memilih untuk membawa haluan berbeza sejak permulaan karier profesional mereka.

Arif kini menjadi watak penting buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga skuad Harimau Malaya selepas membantu Malaysia dalam aksi Piala Asia AFC 2023.

Advertisements

Luqman Hakim pula memilih haluan berbeza apabila berkelana di Eropah bersama beberapa kelab berbeza namun kini masih milik kelab Belgium, KV Kortrijk.

Beliau kini membawa haluan baharu apabila terbang ke Asia dan bersama kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Luqman dan Arif akhirnya bertemu di Jepun selepas bintang muda JDT itu memilih untuk makan angin di negara matahari terbit.

Advertisements

Mereka kelihatan menikmati suasana di sana tatkala turut kelihatan kelibat pertahanan JDT, Shahrul Saad dalam foto tersebut.

Sebelum ini, Luqman sudah menyatakan hasrat kepada pasukan barunya itu bahawa beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol bersama pasukan.

“Saya tidak tahu, mungkin sebanyak mana saya boleh lakukan, dalam 10 gol, saya akan cuba sebaik mungkin,” ujar Luqman Hakim kepada Yokohama SCC.

Advertisements
Luqman Arif Arif Aiman & Luqman Hakim 'Bersatu' Di Jepun
LuqmanSham10

Aksi terdekat Yokohama SCC adalah berdepan Toyama di laman sendiri pada 23 Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram