Ads
Asia
Yokohama SCC

Penyerang berbisa negara, Luqman Hakim Shamsudin mensasarkan 10 jaringan bagi musim pertamanya di Jepun.

Advertisements

Menerusi satu video pengenalan oleh kelabnya, Yokohama SCC, pemain berusia 23 tahun itu kini bajal beraksi di divisyen tiga jepun secara pinjaman.

Advertisements

Beliau telah berkelana hampir beberapa musim di Eropah bersama KV Kortrijk di Belgium sebelum pergi ke Iceland untuk memperoleh lebih banyak minit bermain.

Advertisements

Advertisements

Pemain muda itu kelihatan cukup teruja ketika diperkenalkan di hadapan penonton terutamanya penyokong setia Yokohama SCC.

Beliau bagaimanapun menyatakan hasrat untuk memberikan aksi sebaik mungkin di atas padang untuk membantu pasukan.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi bersama Yokohama, Luqman ternyata sudah memiliki perancangan tersendiri.

“Saya tidak tahu, mungkin sebanyak mana saya boleh lakukan, dalam 10 gol, saya akan cuba sebaik mungkin,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Luqman Hakim antara pemain negara yang masih kekal berjuang di luar negara tatkala sebelum ini beberapa pemain seperti R. Kogileswaran dan Hadi Fayyadh telah pulang beraksi di Malaysia.

Advertisements

Aksi terdekat Yokohama SCC adalah berdepan Toyama di laman sendiri pada 23 Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram