Luqman Hakim Rasmi Sertai Kelab Jepun, Yokohama SCC
Transfer
Yokohama SCC
Advertisements

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.

Bintang berusia 22 tahun itu berkelana di Eropah selama beberapa musim namun memilih untuk kembali membawa haluan ke Asia.

Pemain KV Kortrijk itu sebelum ini beraksi bersama kelab divisyen satu Iceland, Njardvik FC namun terpaksa menamatkan tempoh kontrak lebih awal.

Advertisements

Sepanjang tempoh tersebut, beliau hanya sempat beraksi beberapa perlawanan dan lebih banyak beraksi selaku pemain gantian.

Menerusi satu pengumuman oleh Yokohama SCC, anak jati Kota Bharu ini secara rasminya bakal memperkuatkan pasukan bagi saingan musim baharu.

Advertisements

“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa telah diputuskan bahawa Luqman Hakim dari KV Kortrijk (Belgium) akan menyertai kami dalam perpindahan pinjaman,” ujar laman tersebut.

Luqman sebelum ini memperkuat skuad kebangsaan b-23 untuk menghadapi saingan aksi persahabatan di China namun tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram