Pemain Malaysia Kongsi Perbezaan Falsafah Elavarasan & Juan Torres
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain Malaysia berkongsikan perbeza falsafah yang diterapkan oleh bekas pengendali b-23 negara, E. Elavarasan dan juga Juan Torres Garrido.

Menerusi satu perkongsian kepada rancangan Bola Itu Life, penyerang muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney berkongsikan perbezaan antara dua jurulatih yang pernah mengemudi negara.

Menurut beliau, E. Elavarasan merupakan jurulatih yang amat baik dengan idea bola sepaknya untuk membawa kejayaan kepada skuad muda Malaysia.

Advertisements

Pemain kacukan Scotland itu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih berusia 60 tahun itu yang memberikan peluang kepadanya untuk beraksi buat skuad kebangsaan.

Beliau membalas kepercayaan tersebut selepas membantu Malaysia untuk mara ke final hasil jaringannya bertemua Kemboja.

Advertisements

Fergus menyifatkan kedua-dua jurulatih mempunyai falsafah tersendiri untuk membentuk acuan terbaik buat skuad muda Malaysia.

“Ramai yang cakap beliau (Elavarasan) old school, tapi beliau cuba membawa idea baharu kepada kami. Beliau sangat menuntut kerja keras pemain dan perlu berlari banyak dalam latihan.”

Advertisements

“Intensiti juga sangat tinggi dan saya sangat berterima kasih kepada beliau (Elavarasan) kerana memberikan peluang kepada saya.”

“Setiap jurulatih ada cara mereka tersendiri. Walaupun baru 2-3 kem bersama Juan Torres, pemain amat selesa dan muda memahami apa yang beliau mahukan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Skuad muda negara akan menghadapi Piala Asia AFC B-23 di Qatar April ini namun bakal mengharungi aksi persahabatan terlebih dahulu sekitar bulan Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram