Advertisement
Chinese Taipei Cuba ‘Tiru’ Pendekatan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Chinese Taipei kini dalam usaha untuk melakukan semula pendekatan Malaysia yang telah membuahkan hasil baru-baru ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Mengulas lanjut, pendekatan yang digunakan oleh Harimau Malaya dalam membentuk skuad berteraskan pemain tempatan, warisan dan juga naturalisasi telah membuka mata Ketua Jurulatih Chinese Taipei, Gary White.

Beliau kini dalam usaha untuk mencari lebih ramai pemain warisan di Eropah untuk membantu misi skuad kebangsaan Chinese Taipei pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

“Ia sebahagian daripada perancangan kita untuk dapatkan pemain warisan berkualiti.

Kami juga sudah menghubungi beberapa pemain dari Jepun dan USA. Chinese Taipei dalam proses untuk melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Malaysia kerana kami memerlukan pemain berkualiti.

“Namun begitu, kami tidak mahu seseorang yang tiada semangat nasionalisme, jelasnya White selepas perlawanan.

Hal ini susulan para pemainnya tidak mampu menandingi kualiti pemain Harimau Malaya yang beraksi dengan intensiti tinggi selama 90 minit di atas padang.

Jurulatih kelahiran England itu bagaimanapun kagum dengan perjuangan para pemainnya berdepan skuad negara sambil meletakkan harapan untuk kembali bertemu Malaysia tahun hadapan.