Advertisements
Gary White Anggap Chinese Taipei Sia-Siakan 6 Gol Lawan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Chinese Taipei, Gary White akur apabila tunduk kepada Malaysia di Bukit Jalil.

Pengendali kelahiran England itu sudah melaungkan keazaman untuk membantu anak buahnya untuk merakamkan kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Beliau yakin gabungan pemain muda dan berpengalaman dapat memberikan hasil yang diharapkan menentang Harimau Malaya.

Hasrat itu bagaimanapun terbantut apabila kehandalan prestasi skuad negara berjaya menjelmakan kemenangan buat pasukan kebangsaan.

“Kita menghabiskan babak pertama 1-0, sepatutnya 2-0 tetapi perbezaan kualiti memisahkan. Keinginan mereka juga tinggi dan menunjukkan karakter sebenar, ini satu persaingan yang hebat.

“Malaysia ada pemain dan jurulatih yang sangat bercita-cita tinggi.

“Kami sudah merangka taktikal dengan baik kerana Malaysia pasti akan menyerang habis-habisan. Semuanya sudah dirancang dan sepatutnya menjaringkan 5-6 lagi gol menentang Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 49 tahun itu bercita-cita untuk mendapatkan lebih ramain pemain berkualiti pada masa hadapan dan meningkatkan mutu liga di Taiwan.

“Ia sebahagian daripada perancangan untuk dapatkan pemain warisan berkualiti dari Jepun dan USA seperti yang dilakukan oleh Malaysia, tidak mahu seseorang yang tiada semangat nasionalisme, jelasnya selepas perlawanan.

Gary berharap agar dapat bertemu Malaysia sekali lagi pada aksi Kelayakan Piala Asia kelak.

Malaysia menamatkan saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan 10 mata daripada 6 perlawanan manakala Chinese Taipei gagal memungut sebarang mata.