Malaysia masih memiliki peluang cerah untuk mara ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk menewaskan Chinese Taipei dengan jumlah jaringan melebihi tuju untuk ke pusingan berikutnya.
Harimau Malaya bagaimanapun masih berpeluang untuk ke pusingan berikutnya dengan menilai kepada beberapa situasi;
Malaysia kini mengumpul 7 mata, menjaringkan 6 gol dan bolos 8 kali sekaligus menyebabkan misi wajib menang pada malam ini.
Kyrgyzstan di tangga kedua pula mencatatkan 10 mata, menjaringkan 12 gol dan bolos hanya 6 kali sekaligus memiliki kelebihan perbezaan jaringan sebanyak 6 mata.
Menurut peraturan FIFA, antara faktor yang diambil kira dalam menentukan kedudukan kumpulan ialah kiraan mata, perbezaan jaringan dalam semua perlawanan kumpulan dan jaringan yang dihasilkan dalam semua aksi.
Terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan Malaysia untuk layak antaranya;
1-Sekiranya Kyrgyzstan tewas 0-1 di tangan Oman, perbezaan jaringan menjadi penentu dengan skuad negara perlu menjaringkan 7 gol untuk menyamakan mata.
Situasi ini akan memihak kepada skuad negara kerana memiliki jumlah jaringan yang lebih besar iaitu 13 berbanding Kyrgyzstan iaitu 12 gol.
2-Kekalahan 0-2 Kyrgyzstan di tangan Oman membantu Malaysia untuk hanya meledak 6 gol di Bukit Jalil.
Situasi ini meletakkan dua pasukan iaitu Malaysia dan Kyrgyzstan dalam status seri namun rekod H2H antara dua pasukan memihak skuad negara.
Namun begitu, sekiranya Kyrgyzstan tewas 0-3 di tangan Oman, Malaysia perlu menjaringkan 5 gol tanpa bolos untuk menyamakan mata dan perbezaan jaringan.
Situasi ini masih membantu Harimau Malaya kerana rekod H2H ke atas Kyrgyzstan sungguhpun hanya menjaringkan 11 gol berbanding Kyrgyzstan dengan 12 jaringan.